Nur Qurratu Amni

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, June 27, 2010

Redha

Kali ni aku nk elaborate pasal sifat redha. Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.(ape benda tuh..?? sng translate dlm bhs yg aku paham) iaitu menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Sama ada kita redha tuk accept segala rule Allah s.w.t. yg dttpkn utk kita ataupn kita redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri kita.(huk..huk..ni la hmpir sgt dgn aku).

Klu aku nk tulis secara detail pn..mcm membuka pekung didada plak kn.Tp mmg aku dlm dilema skg nih.Rse cm nk p smbunyi di suatu tmpat yg jauh..tenangkn jiwa...tp smpai bila..aku kena hadapi sume ketentuan nih dgn redha..(huk..huk..)

Redha yg perlu aku praktikkn skg nih adlh redha dengan qada' iaitu aku perlu menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ke atas aku.Korang tau x knp tetiba aku nk ckp pasal redha nih..sbnrya..aku ni manusia yg lemah..yg perlu selalu diingatkn jika ase diri sudah jauh terpesong dr landasan asal.sbb tu la aku terpanggil tuk menulis dismping meluah (wlwpun tidak sepenuhnya) dan juga bermuhasabahkn diri aku nih..

Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang. 

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :

" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". 

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : 

" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim ) 

Dr apa yg aku huraikn diatas nih..bermakna..slma nih aku dh byk memberi peluang kpd syaitan utk menyesatkn aku dlm kontek utk tidak redha dgn apa yg telah ditakdirkn utk aku.Alhmdulillah..aku sedar skg..yg aku harus aku lakukan adlh redha dgn setiap maslah atau musibah yg sedang melanda diri aku saat ini.
Semoga aku diberi jalan dan petunjuk untuk keluar dr semua maslah yg ada dan menerima setiap ketentuan ini dgn penuh keredhaan..AMINN..

No comments:

Post a Comment