Nur Qurratu Amni

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 8, 2010

Kerinduan untuk Ayah dan janji untuk Ibu

Entah kenapa mlm td aku teringat pada arwah ayah, ketika aku tengah bersendirian dirumah tiba - tiba kenangan ku mengimbau pada arwah ayah.Bln 11 thn ni genap 6 thn pemergian ayah kerahmatullah.Tiba-tiba hati ku tersentuh.Ada sesuatu yg tidak sempat aku tunjukkn pada ayah.Sugguhpun semasa hayatnya..aku bukanlah ank yg terbaik untuknya..ada masa aku juga menunjukkan sikap keras kepala dan melawan terhadapnya.
Aku terkilan..ayah pergi disaat aku belum lg menghabiskn pengajian aku di Universiti.Waktu itu aku di tahun akhir..tgh bersiap-siap untuk menjalani latihan praktikal.Hari pertama sepatutnya aku mendaftarkn diri untuk latihan praktikal..ayah pergi meniggalkan kami semua..ayah mngidap masalah kidney..3 bulan slps menderita penyakit tu dia dijemput pulang oleh Allah.
Sbg anak bongsu dalam keluarga..byk benda yg ayah xsempat lihat untuk aku.Aku terkilan..kerana ayh xsempat merasa duit gaji pertama aku..apa yg aku sedih..ayh xsempat mewalikan perkahwinan aku yg insyallah bakal berlangsung beberapa bulan lg..
Aku terlalu rindukn ayah saat ini.Aku tidak dapat membendung rasa rindu ku pada arwah ketika ini sehingga aku mengalirkn air mata.Setiap kali kerinduan itu datang aku tidak lupa menghadiahkn alfatihah dan surah yasin kepada arwah.Hanya itu yg mampu ku beri kepada ayah saat ini.
Mgkin aku tidak tahu bagaimana menunjukkan kasih syg ku kepada arwah sepanjang hayatnya..tp percayalah aku sgt menyanyangi diri nya.Aku bersyukur..kerana aku masih mempunyai ibu..dia lah tempat ku curahkn kasih sayang ku.
Entah kenapa hati ku makin mudah tersentuh selepas aku bertunang dan bakal berkawin tidak lama lg.Berbagai-bagai perasaan bercmpur aduk dlm hati dan perasaan aku saat ini.Aku sedih kerana arwah ayah xsempat melihat hari bahagia ku nanti.Malah xsempat langsung berkenalan dgn bakal suami ku.Memang aku amat tersentuh mengenangkan arwah Ayah kerana akulah satu-satunya dalam adik beradik yang berkahwin tanpa hadirnya Ayah.Aku juga sedih mengenangkan masa silam aku yang penuh penyesalan dan duri halangan untuk menuju alam perkahwinan ini.Hanya tuhan yg tahu betapa sukarnya perjalanan hidup ku.Perjalanan hidup yg telah byk mematangkn hidup ku didunia ini.Perjalanan hidup yg membuatkn aku tahu menilai dan menghargai setiap apa yg telah ditetapkn-Nya untuk diri ku.
Untuk "Mak"..anak mu amat menyanyangi mu.Kau sentiasa ada..disaat aku rapuh didunia ini.Kerana itu juga aku tidak pernah memperlihatkn derita hati ku pd mu,kerana aku tidak mahu kau bersedih hati hnya kerana nasib anak mu ini.Anak mu ni akan berusaha membahagiakan dirimu wlwpun selepas anak mu ini bergelar isteri nanti.Wlwpun syurga ku nanti dibawah telapak kaki suami ku..namun aku akn ttp menjalankn tangungjawab ku sebaiknya untuk mu Ibu..Insyaallah..

No comments:

Post a Comment