Nur Qurratu Amni

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 12, 2012

Nursing Pillow

 Mummy terajin plak nak jahit nursing pillow..dah siap jahit mase weekend aritu..tinggal nk sombat fiber je..tadi pegi la nak cari fiber utk disombat kt dalam sarung pillow..semangat giler dah nk tgk hasil mlm ni..last2 fiber plak abis kt kedai tu..yang ade cume pack kecik2 je..sedangkan Mummy ingat nk beli je terus 1kg...hampa betul perasaan arini..huhu..cina tu cakap mgkin 2 atau 3 ari lg baru stok fiber tu sampai...huhu...xpuas ati tul..sok cuti depavaali plak..sure la kedai kat bandar sume tutup...kena tunggu jugak la jawabnye...huhu...







Fungsi bantal menyusu ni sebenarnya banyak..bukan setakat untuk menyusukan
baby sahaja. Tapi itulah tujuan utama ianya dibuat.Mari kita tengok kenapa bantal
menyusu ni WAJIB di miliki oleh anda:-

1- nursing pillow ni sepatutnya dimiliki sebelum ibu melahirkan bayi
lagi. Biasanya ibu2 yang mengandung ni selalu rasa sakit kat belakang,
lenguh-lenguh pinggang ,kaki dan sebagainya.Oleh itu untuk mengurangkan rasa
lenguh2 yang menyebabkan barlakunya ketidakselesaan pada ibu ,masa nak
baring tu anda bolehla letak bantal ni kat belakang atau bawah kaki atau
betis.Ini lebih memberikan keselesaan yang optimum.

2- Memudahkan penyusuan samada menyusu badan atau botol: Membantu memberikan keselesaan kepada ibu bapa untuk menyusukan bayi dan meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu,sekaligus mengurangkan kesakitan dan stress dibahagian belakang,leher dan juga bahu... Ini sangat penting terutamanya bagi ibu2 yang yang melahirkan anak pertama sebab biasanya mula2 nak menyusu ni memang agak kekok dan boleh menyebabkan sakit belakang kalau tak kena pada caranya.Sememangnya baby yang baru lahir ni kuat menyusu sebab susu tulah makanan utama mereka. Masa penyusuan yang lama jugak boleh menyebabkan lengan menjadi lenguh-lenguh. Jika nak menyusukan baby dengan botol pun boleh support dengan nursing pillow ni.Baby pun selesa jer kat atas bantal yang empuk lagi gebu ni.

3.Merehatkan bayi anda dengan selamat..
Lengkungan U yang direka ini membolehkan bayi berehat dengan selesa dan selamat.Hanya letakkan bayi di
antara celah2 lengkungan dengan kepala di atas bantal,dan baby akan terkepung kat celah-celah tu...Masa baby rehat-rehat atas bantal ni,bolehla melatih si comel melihat pemandangan dan persekitaran dengan jelas dan selesa.

4. Membantu bayi Ketika Meniarap dan Bermain.
Bantal Menyusu Kekabu ini menyokong keperluan bayi untuk menguatkan otot leher,bahu dan belakang semasa meniarapkan bayi anda. Ia juga membantu bayi untuk melihat sekeliling dengan lebih jelas .Pedetricians mencadangkan supaya meniarapkan bayi sebaiknya selepas dilahirkan selama 30 minit setiap hari.Lagipun masa Tummy time lebih selsesa kalau baby diletakkan atas nursing pillow supaya dada ,perut baby tak sakit..

5. Memudahkan menyalin pakaian atau lampin bayi.
Dalam lingkungan 3-5 bulan bayi lebih kerap untuk memusingkan badannya dan ia agak menyukarkan untuk menyalin pakaian atau lampin ketika ini terutamanya bagi ibu-ibu yang menyalin lampin di bawah(lantai).Bantal Menyusu ini sangat membantu kerana rekaannya yang mengelilingi bayi.

6. Untuk memudahkan semasa travel
Sangat bermanfaat ketika travel lama dalam kereta dan sebagainya,kerana ia dapat mengurangkan kelenguhan pada belakang si ibu.

7.Nursing Pillow boleh digunakan dari bayi sampai ke dewasa.Maknanya pelbagai lapisan umur boleh guna.

8. Bantal menyusu ni memang serbaguna. Orang tak menyusu pun boleh guna..kiranya anda takkan rugi kalau memiliki bantal ni...:)

Tuesday, November 6, 2012

Medela Breast Pump



Setelah bersusah payah bekerja membanting tulang untuk mengumpul duit dalam tabung..akhirnya Mummy dpt jugak membeli Medela Breast Pump ni.. Mummy beli kt sini http://www.facebook.com/WonderfulIbu. Harga RM 250 dpt free 3 botol storage bottles JJ lagik.

Memandangkan abah baru je bertukar kerja..maka ekonomi bulan ini agak terbatas untuk Mummy shopping peralatan baby..kalau ikut perancangan Mummy, sepatutnya bulan ini Mummy nk settled kan semua peralatan baby..sbb Mummy risau baby terkeluar awl..(harap2 tak la ye..huhu)..
Tp bulan ni Mummy terpaksa berkorban untuk abah..gaji Mummy bulan ni kena bantu Abah bayar hutang keta dia (yang Mummy guna cm harta sendiri..hehe) + keta kancil Mummy (yg Mummy dh wat2 lupe nk bawak dgn keta yg byk berjasa tu..huhu) + sewa umah yang tiap2 bulan abah bayar + credit card Mummy yg telah memblack list kn Mummy selama ni (azab tul) +  bla..bla..bla.. utang yg xtau bila nk abis....sbb bln ni abah start keje baru..jd ekonomi agak tergugat sikit bulan ni..huhu..nak harap saving pn dh byk dihabiskan untuk beli peralatan baby sebelum ni..(mcm la lekat sgt nk wat saving..propa jerk..hikhik) xpe la sebagai isteri itu lah tangungjawab Mummy..huhuhu.. tp alhmadulillah bila Abah dh keje sebulan dua lagi..ekonomi akan stabil balik..alhamdulillah lebih dari dulu...rezki ank la tu kn..syukur...alhamdulillah..semoga terus dimurahkan rezki oleh Allah..Amin...


Sunday, September 30, 2012

Hari rajin Mummy

Hari ni adalah hari rajin mummy..arini mummy rajin nk masak tengahari, mummy rajin nak wat kuih untuk mkn petang iaitu kuih kasturi aka cocok kacang (org kedah panggil) siap dgn bubur kacang hijau lg..hehehe..rajin kn.kn.kn..bkn senang nk tgk mummy rajin cm ni tau..pastu siap bleh basuhkan baju baby lg arini..taraaaaa...

comel2 baju bakal ank mummy...syoknyeee...hehehe..(excited lebih..)



Saturday, September 29, 2012

Hamper untuk Baby

Hari ni mr Hubby mintak kawan dia yang jadi promoter barangan pureen buatkan hamper untuk baby kami. Saje suruh wat kan hamper sbb dpt minimakan kos sikit..kami bagi bajet RM50 untuk dia masukkan barang baby kt dalam tu..kalu nk beli hamper yang siap ada kt kedai tu mmg la akan jadi lagi mahal..tp sbb kawan2 jd hamper tu dapat la dibuat dengan kos yang minima dengan barang2 yang kita perlukan sahaja..jadi xmembazir dgn memasukkan barang2 yang mungkin sudah dibeli sebelum ni...percaya atau tidak..dengan bajet RM50 kami dapat sume ni..tima kasih kepada kawan mr hubby kerana menyiapkan untuk kami..ngeeee...


Bleh dapat ke hamper cm ni..dengan harga RM50..hehe.. plastik hamper sudah dikoyakkan oleh mr hubby..xsempat mummy nk snap gambar..Ini lah barang..tidak termasuk bakul tu tau..bakul tu yang mummy beli smlm... :))

Susu Ibu


Tips penyusuan susu ibu selepas memulakan kerja.

Betapa ibu zaman sekarang sgt mementingkan penyusuan susu secara eksklusif. dr susu ibu, setiap ibu tahu apa yg beliau makan, nutrien apa yg terserap pd anaknya. namun susu formula? apakah lembu2 yg diternak tu makan? apakah bahan kimia yg dimasukkan ketika proses membuat susu itu? fikir-fikirkan.

1.     Adalah penting dalam pemilihan pump yg anda hendak gunakan ketika anda mula bekerja nanti (anda harus kerap mengepam utk penghasilan susu yg bnyk di masa depan). Terdapat pelbagai jenis pump yang boleh dipiliha dipasaran, namun belilah pump yg betul kerana pemilihan pump yg sesuai memain peranan dlm menjayakan BF.Cadangan pump spectra 3 dan medela merupakan pump yg baik (kerana electric pump, double pumping, suction ikut suction baby, very relaxing dan tak menyakitkan)

2.     Mula mengepam pada 2 minggu sebelum anda bekerja atau lebih baik semasa didalam pantang lagi. Ini adalah penting bagi memastikan anda mempunyai stok yang mencukupi apabila anda sudah mula bekerja nanti.

3.      Masa mngepam perlu dilakukan sebelum anda keluar bekerja, anda direct feed baby anda dahulu (direct feed sgt bagus utk stimulation). atau jika anda tidak sempat, harus keluar rumah awal, mulakan pengepaman sewaktu makan pagi di ofis/tempat kerja (pukul 7.30-9.30am). selepas pam, simpan susu dlm peti ais ofis (jika ada) atau dlm cooler bag yg berisi ice pack (ice pack tahan selama 12jam). Kemudian anda sambung sesi mengepam 2-3 jam kemudian (bila breast rasa padat n penuh) 10.30-11.30am. lakukan perkara yg sama pd tengahari (on demand). namun, sejam sebelum anda pulang ke rumah, jgn kosongkan payudara, biarkan penuh utk tujuan menyusukan baby sejurus sampai di rumah.

4.     kemudian, ape yg anda buat, katakan anda dpt mengumpul 4 botol 4oz susu yg dipump, dan katakan anak anda minum 9 oz satu hari (semasa di baby sitter, maid atau nursery), anda simpan 1 botol4 oz susu yg diperah td ke dlm fridge (peti ais bwh) dan simpan selebihnya di dlm freezer (sejukbeku) dan anda bawa turun 2 botol susu yg telah beku (yg dh disimpan terlebih awal- make sure ambil susu yg plg awal tarikhnya-jgn lupa tulis tarikh anda simpan). so, baby masih dpt khasiat susu fresh (high antibody). namun, wpun susu yg frozen dh berkurang antibodi, tetapi jauh lebih baik dr khasiat susu formula.

5.     Mlm sebelum bekerja, anda harus membawa turun stok susu dr freezer utk dihantar kepada baby sitter (untuk diletakkan bersama susu fresh yg disimpan dlm fridge (peti sejuk bwh). simpan susu semalaman.

6.     Disebelah paginya anda isikan stok susu yg ingin diberi pd baby sitter, maid atau nursery dlm cooler bag dan berikan pd mereka (mereka harus simpan dlm peti ais). tiba masa utk feed baby, maid/nursery atau bbsitter harus panaskan susu (dlm botol) dlm air suam (suhu 35deg-45 deg) sebelum feed d baby. ingatkan mereka hanya panaskan kuantiti yg hendak diberi shj(keperluan baby setiap feeding time). diisini saya syorkan anda beli satu warmer utk panaskan susu, memandangkan babysitter kdg2 malas nak suamkan susu lalu dipanaskan atas dapur atau microwave… ini akan matikan antibodi dlm susu. selepas susu dicairkan/dipanaskan, mestila diguna dlm masa 1 jam, dan susu yg telah dicairkan tak boleh dibekukan semula.

7.     begitulah rutin ini akan berulang2 setiap hari. nmpk/dgr mcm susah kan, tp kalau anda dh biasakan diri, ia taklah susah, kerana rasa kasih ibu nak menyusukan lebih dr segala kesusahan. yg ptg, kaum suami/bapa adalah org terdekat nk beri sokongan. nak beli pump yg berkualiti mmglah mahal, tp one time spend. dan ingatlah, jika kita tak menyempurnakan hak anak kita ini, bersediala di soal nnti.. (ini bg ibu2 yg mampu susukan anaknya, tp x berbuat demikian)

 
Tempoh Penyimpanan Susu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
   (25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
   (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
    (2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
    selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku  
    (freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
    2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
    (-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Cara Pengendalian Susu Perahan.

1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

3.simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

4.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

5.susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7.sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

8.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.


Dicadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, kita bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu, di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak  mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya, katakan kita  telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok hari, anak akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dr koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak.



Friday, September 28, 2012

Tipah tertipu sudah..

Huhuhu..sedih..Mummy tertipu harini, td mse rehat tengahari Mummy gi la happy home yang sungguh happy...suke sgt shopping peralatan umah kt situ..igt td nk beli bakul tuk simpan peralatan baby nnt..puas tawaf beberapa kali kt dlm tu..terjumpa la satu bakul rotan ni hah..cantik kn.kn..


Mummy pn apa lg terus je rembat sbb tgk hrganye yang murah.. RM9.90..murah tu..salu bakul rotan cmni kn cm mahal jugak la..suke sgt dpt jmpe bakul yg murah cm ni...lalalala..

Tp bila dh smpai kt umah baru sedar..upenya..harga bakul tu sebenarnnya RM16.90..ape lg terasa la tipah tertipu sudahhh...huhuhuhu..nmpk tak resit kt bawah ni...sakit ati je..igt dpt hrga murah..upenya mahal jugak..hrga yang di scan xsame dgn hrga pada tagging..ase cm nk bwa balik bakul ni kt Happy Home..sbb suma tagging hrga RM9.90..nnt ade lagi tipah len yang tertipu lg..sory gambar tidak memuaskan sebab mummy pakai camera telefon cap ayam jantan je...xpakai dlsr..sbb tu xclear...hikhikhik..


Thursday, September 27, 2012

Sterilizer,Warmer & Breast Pump

Mummy kepingin sangat nk dapatkan kedua2 alat ni..huhu..tp bajet setakat ni masih lg terhad..igt nk dapat kan dulu set breast pump Medela harmony, tu pn xtau bila bleh dapat..tgk gaji Mummy bulan depan..klu ada extra bleh la Mummy dapatkan breast pump tu dulu.. tapi sterilizer & warmer ni pn xkurang pentingnya...

 sterilizer
- sangat² memudahkan kerja berbanding merebus botol & peralatan pam
- cuma sediakan air paip dalam botol mineral kecil di sebelah sterilizer, dah boleh nyahkuman untuk seminggu  - rak ringan, muat untuk peralatan sehari (pam, botol, puting dan komponen²), mudah diguna.

Warmer
- seeloknya bekal untuk nursery supaya stok susu ibu yang dibekalkan mudah dipanaskan, jimat masa.



Breast Pump Medela harmony
- dari sebelum preggy lg dh bercita2 tuk dapatkan breast pump cm ni..smangt yang kuat utk BF baby yang bakal lahir nanti. Semoga dipermudahkan niat murni Mummy ni. huhu..



Wednesday, September 26, 2012

Update Baby Stuffs

Alhamdulillah Mummy dh masuk bulan ke 6 skang, masih lg menyesuaikan diri dengan keadaan fizikal baru yang belum pernah dialami sebelum ni hikhik (perut yg semakin membesar).
Tapi bersyukur sgt kepada Allah dapat jugak merasa bagaimana mengandung..hehe..

Hari ni Mummy nk update brg2 yg Mummy beli malam ni untuk baby.. baby plak semenjak dua menjak ni asyik protes je..asyik menendang je perut Mummy.. tp malam ni mase shopping barang dia, xde plak dia menendang2..suke la tu kan..hehe..balik umah baru ase gerak2 manje..kalau tidak kuat bukan main menendang..kadang2 sampai terkejut mummy bila perut bergerak2... aktif betul dia kt dalam tu ek..

Walaupun dah mula beli sikit2 barang2 baby tp ase mcm masih byk lg brg yg belum terbeli..Mummy dh mula isau ni..ade lebih kurang 3 bulan je lg..suspend je kan..huhu..


Lorr..ni je ker brg yg Mummy beli tadi..huhu..cm sikit jer kan..byk lg ni brg lain yg belum terbeli lagi..lps2 ni mummy update lg k..Semoga tuhan sentiasa memurahkan rezki Mummy dan Abah...

 Senarai keperluan:


1.    Baju Lengan Panjang 100% cotton (3 helai) - done
2.    Baju Lengan Pendek 100% cotton (5 helai) - done
3.    Singlet Bayi 100 % cotton (2 helai)- done
4.    Seluar Pendek  (4 helai) - done
5.    Seluar Panjang  (6 helai) - done
6.    comforter  (1 unit) - done
7.    Barut Perut Baby (10 helai) -done
8.    Kain Lampin (1 set / 10 unit) - done
9.  Kain Bedung printed (2 helai) - done
10.  Topi Bayi (1) - done
11.  Mitten & Booties  (10 pasang) - done
12.  Tuala Mandi Bayi (2) -  done
13.  Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers (Plastic Changing Mat 1 unit) - done
14.  Botol Susu kecil - done
15.  Set bantal bayi dan tilam, selimut etc - done 
16. penyangkut baju bulat - done
17. bakul toiletries baby - done
18.  Baby Wet Wipes Pek Besar - done
19.  Bag bayi - done
20.  Bedak, Shampoo,mandian, lotion (pek besar/johnson baby)
21. Confinement Set (internal) - done
22. Confinement Set (external) -
23.  Berus Botol -
24.  Selimut Bertopi (1 unit) -
25.  Minyak berubat herba (NR) -
26.  Breast Pump (medela harmony set)- done
27.  Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang Saiz NEWBORN - 
28.  Bedak, Shampoo,mandian, lotion and baby oil (travel pack/anakku) - done
29.  Besen Mandian Bayi
30.  Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
31.  Bekas Air Thermos - 

32. Baby Nail Clipper -
33. bottle Sterilizer 
34. bottle warmer 
35. besen mandi
36. penyangkut berklip  

Tuesday, August 7, 2012

Produk Salindah

Alhamdulillah dah masuk weeks 19 usia kandungan mummy sekarang, dan baru ni mummy berkesempatan untuk membeli set produk salindah untuk rawatan bagi ibu hamil sehingga lah habis berpantang.Sepatutnya mummy kena ambik set ni seawal usia kandungan 12 minggu lagi tp disebabkan faktor kewangan yang agak terbatas mase tu baru sekarang mummy dapat membelinya. Alhamdulillah..

Dlm entry ni mummy akan cerita sikit berkaitan produk ni untuk tatapan semua.

 Salindah membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
Metod Perubatan Salindah ialah Homeopati , Biokimia dan Herbalisme
Kita sedia maklum bahawa memang ramai wanita hamil yang mengalami masalah dari awal mengandung sehingga lepas bersalin. Selalunya bermula dengan alahan pada awal trimester pertama mengandung, kemudian masalah praeklampsia yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak, sehingga ada yang menghidap masalah meroyan selepas bersalin.
Pengalaman ini sudah pasti kita ingin elakkan kerana ia akan menimbulkan trauma kepada ibu-ibu untuk menempuh pengalaman mengandung untuk kesekian kalinya. Sebaliknya pengalaman ini sewajarnya dinikmati dan dilalui dengan penuh rasa gembira dan selesa. Namun tidak semua wanita bertuah yang dapat menikmati saat dan detik seperti itu.
Paling ditakuti ialah apabila masalah ibu ini boleh membawa kesan negetif kepada bayi yang berada dalam kandungan sehingga ada yang menyebabkan berlaku kecacatan kekal. Seperti contoh penyakit " Down Syndrome ".
Itulah antara sebab kenapa ibu hamil ini perlukan makanan tambahan untuk memberikan tenaga dan rawatan kepada ibu malah membantu perkembangan dan tumbesaran bayi anda agar lebih sihat dan cergas. Menyedari masalah-masalah tersebut memerlukan satu penyelesaian yang positif, maka Pencipta Salindah telah berusaha membuat kajian secara ilmiah dan saintifik selama beberapa tahun.
Akhirnya pada tahun 1981 , Salindah telah diperkenalkan.Anda perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang faedah dan kelebihan yang diperolehi oleh ibu-ibu bijak yang mengambil Salindah sebagai pemakanan lengkapnya. Sila rujuk maklumat tentang pengambilan Salindah untuk semasa mengandung dan selepas mengandung. 

Kenapa Salindah.
 
Ibu-ibu hamil yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan dari awal kehamilan sehingga habis pantang . Ini kerana Salindah adalah terdiri daripada rumusan Homeopati , Biokimia dan Herbalisme yang istimewa. Ianya amat membantu ibu - ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.
Salindah juga diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Perhatian! Pengambilan Salindah adalah tidak memberikan kesan sampingan kepada ibu - ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat digunakan


Faedah dan Kelebihan Salindah.

                                              SET SEBELUM BERSALIN

B1 - Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.
B2 - Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
B3 - Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut - takut.
B4 - Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
B6 - Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut. 


                                                SET SELEPAS BERSALIN

L7 : Luka, calar - dibuat basuhan dan kompres.
L8 : Sakit kepala, deman garing, bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah, darah hidung, merancau dan menjerit.
L9 : Lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
L 10 : Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
L11 : Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga

Cara Guna Set Salindah 

B1 – Mulai seawal kehamillan
  1. Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu dan menambah darah bagi orang yang pucat.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 12 (bulan 3)
 B2 – Mulai minggu ke 24 hamil
  1. Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
  2. Menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
  3. Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 24 (bulan 6)
 B3 – Mulai minggu ke 28 hamil
  1. Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
  2. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.
  3. Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur dan pelupa malas
  4. Bersifat Biokimia
  5. Ambil 2biji 2 kali sehari mulai minggu 28 (bulan 7)
 B4 – Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
  2. Memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
  3. Membantu wanita mengatasi masalah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.
  4. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  5. Ambil 1biji sehari mulai 4 minggu (1 bulan) sebelum dijangka bersalin.
 B5 – Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
  2. Bersifat Biokimia
  3. Ambil 2biji 3 kali sehari mulai 2 minggu sebelum dijangka bersalin
 B6 – Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
  1. Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
  2. Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan dan memulas dalam perut.
  3. Bersifat Homopati. Elakkan pengambilan minuman berkafina (kopi, nescafe, teh) dan minuman bergas. Jangan dipegang ubat dan gunakan sudu plastik atau hanya gunakan tudung ubat sahaja
  4. Ambil 1biji sehari mulai 1 minggu sebelum dijangka bersalin1 biji sehari (Bila sakit, ambil 1 biji setiap 15 minit)
 L7 – Guna selepas bersalin-cecair
  1. Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. Ia juga dibuat basuhan dan kompres.
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Penggunaan luaran basahkan kapas, lekap pada luka dan pusat bayi
 L8 – Mulai 5 jam selepas bersalin
  1. Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. Boleh juga merawat bisul, sakit bila menelan, bisul sedang menjadi, sakit mata merah, sakit gigi berdenyut, bengkak-bengkak merah dan darah hidung
  2. Ambil 1biji 1 jam mulai 5 jam selepas bersalin
 L9 – Mulai hari ke 2 selepas bersalin
  1. Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
  2. Boleh juga merawat lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau, letih lesu, tambah tenaga, hidung berdarah,cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap dan mimpi gerun kisah kematian.
  3. Ambil 1biji 4kali sehari mulai dari hari ke 2 bersalin
 L10 – Mulai hari ke 6 selepas bersalin
  1. Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. Boleh juga merawat Kekuatan gigi longgar, kuatkan umbi rambut dan kulit pecah.
  2. Ambil 2 biji 3 kali sehari mulai dari hari ke 6 bersalin
 L11 – Mulai hari ke 7 selepas bersalin
  1. Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Melenakan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan. Boleh digunakan sebagai tonik biasa untuk sesisi keluarga
  2. Bersifat Herbalisma
  3. Diminum 2 sudu besar 3 kali sehari mulai dari hari ke 7 bersalin sebelum makan.
 L12 – Mulai hari ke 21 selepas bersalin
  1. Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran
  2. Ambil 2 biji 2 kali sehari mulai dari hari ke 21 bersalin
Tambahan:
Setiap set Salindah lengkap akan disertakan bersama-sama dengan sebuah buku peraturan pengunaan yang lengkap. Antara isi kandungan buku ini ialah :
  1. Rancangan pemakanan kesihatan dan rawatan ibu hamil sehingga lepas pantang
  2. Rajah perkembangan bayi dari bulan ke bulan
  3. Khasiat dan panduan penggunaan Salindah
  4. Rancangan penjagaan kesihatan
  5. Tip dan Senaman Untuk Ibu Hamil
Perhatian :
  1. Elakkan minuman berkafein (Kopi,nescafe dan teh) dan bergas.
  2. Jangan dipegang ubat,gunakan sudu plastik atau tudung botol

Hati-Hati Dengan Produk Tiruan

Sila hati-hati dengan produk tiruan yang dijual dengan harga lebih murah. Ianya boleh memudaratkan kesihatan anda. Biar bayar lebih asalkan original.

Thursday, August 2, 2012

Upacara Cukur Jambul Antara Sunah dan Bidaah

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik,
amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?”

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil. 

Cukup dilakukan perkara yang sunnah dan tinggalkan perkara yang bidaah.

 
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 

  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 

  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 

  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.