Nur Qurratu Amni

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 29, 2012

Susu Ibu


Tips penyusuan susu ibu selepas memulakan kerja.

Betapa ibu zaman sekarang sgt mementingkan penyusuan susu secara eksklusif. dr susu ibu, setiap ibu tahu apa yg beliau makan, nutrien apa yg terserap pd anaknya. namun susu formula? apakah lembu2 yg diternak tu makan? apakah bahan kimia yg dimasukkan ketika proses membuat susu itu? fikir-fikirkan.

1.     Adalah penting dalam pemilihan pump yg anda hendak gunakan ketika anda mula bekerja nanti (anda harus kerap mengepam utk penghasilan susu yg bnyk di masa depan). Terdapat pelbagai jenis pump yang boleh dipiliha dipasaran, namun belilah pump yg betul kerana pemilihan pump yg sesuai memain peranan dlm menjayakan BF.Cadangan pump spectra 3 dan medela merupakan pump yg baik (kerana electric pump, double pumping, suction ikut suction baby, very relaxing dan tak menyakitkan)

2.     Mula mengepam pada 2 minggu sebelum anda bekerja atau lebih baik semasa didalam pantang lagi. Ini adalah penting bagi memastikan anda mempunyai stok yang mencukupi apabila anda sudah mula bekerja nanti.

3.      Masa mngepam perlu dilakukan sebelum anda keluar bekerja, anda direct feed baby anda dahulu (direct feed sgt bagus utk stimulation). atau jika anda tidak sempat, harus keluar rumah awal, mulakan pengepaman sewaktu makan pagi di ofis/tempat kerja (pukul 7.30-9.30am). selepas pam, simpan susu dlm peti ais ofis (jika ada) atau dlm cooler bag yg berisi ice pack (ice pack tahan selama 12jam). Kemudian anda sambung sesi mengepam 2-3 jam kemudian (bila breast rasa padat n penuh) 10.30-11.30am. lakukan perkara yg sama pd tengahari (on demand). namun, sejam sebelum anda pulang ke rumah, jgn kosongkan payudara, biarkan penuh utk tujuan menyusukan baby sejurus sampai di rumah.

4.     kemudian, ape yg anda buat, katakan anda dpt mengumpul 4 botol 4oz susu yg dipump, dan katakan anak anda minum 9 oz satu hari (semasa di baby sitter, maid atau nursery), anda simpan 1 botol4 oz susu yg diperah td ke dlm fridge (peti ais bwh) dan simpan selebihnya di dlm freezer (sejukbeku) dan anda bawa turun 2 botol susu yg telah beku (yg dh disimpan terlebih awal- make sure ambil susu yg plg awal tarikhnya-jgn lupa tulis tarikh anda simpan). so, baby masih dpt khasiat susu fresh (high antibody). namun, wpun susu yg frozen dh berkurang antibodi, tetapi jauh lebih baik dr khasiat susu formula.

5.     Mlm sebelum bekerja, anda harus membawa turun stok susu dr freezer utk dihantar kepada baby sitter (untuk diletakkan bersama susu fresh yg disimpan dlm fridge (peti sejuk bwh). simpan susu semalaman.

6.     Disebelah paginya anda isikan stok susu yg ingin diberi pd baby sitter, maid atau nursery dlm cooler bag dan berikan pd mereka (mereka harus simpan dlm peti ais). tiba masa utk feed baby, maid/nursery atau bbsitter harus panaskan susu (dlm botol) dlm air suam (suhu 35deg-45 deg) sebelum feed d baby. ingatkan mereka hanya panaskan kuantiti yg hendak diberi shj(keperluan baby setiap feeding time). diisini saya syorkan anda beli satu warmer utk panaskan susu, memandangkan babysitter kdg2 malas nak suamkan susu lalu dipanaskan atas dapur atau microwave… ini akan matikan antibodi dlm susu. selepas susu dicairkan/dipanaskan, mestila diguna dlm masa 1 jam, dan susu yg telah dicairkan tak boleh dibekukan semula.

7.     begitulah rutin ini akan berulang2 setiap hari. nmpk/dgr mcm susah kan, tp kalau anda dh biasakan diri, ia taklah susah, kerana rasa kasih ibu nak menyusukan lebih dr segala kesusahan. yg ptg, kaum suami/bapa adalah org terdekat nk beri sokongan. nak beli pump yg berkualiti mmglah mahal, tp one time spend. dan ingatlah, jika kita tak menyempurnakan hak anak kita ini, bersediala di soal nnti.. (ini bg ibu2 yg mampu susukan anaknya, tp x berbuat demikian)

 
Tempoh Penyimpanan Susu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Di dalam suhu bilik
   (25°C hingga 37°C) tahan sehingga 4 jam
   (15 hingga 25 °C), tahan sehingga 8 jam (selalunya dalam bilik yg ada penghawa dingin)

3. Di dalam peti 2 pintu ( rak atas )
    (2°C hingga 4 °C), tahan sehingga 3- 5 hari
    selepas 5 hari jika tidak digunakan, digalakkan untuk memasukkan susu tersebut di bahagian dingin beku  
    (freeze)

4. Peti sejuk bahagian beku (1 pintu)
    2 minggu

5. Di dalam peti sejuk bahagian beku (2 pintu)
    (-18 hingga -20 °C), tahan sehingga 3 bulan

Nota : Susu beku dari bahagian dingin beku yg telah dicairkan di bahagian rak atas peti sejuk boleh tahan sehingga 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula.

Cara Pengendalian Susu Perahan.

1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan

2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya

3.simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas

4.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

5.susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk

6.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)

7.sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar

8.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk


Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Terdapat kajian dibuat mengenai tahap kualiti susu yang paling baik dan berantioxidant tinggi apabila disimpan hanya dalam tempoh 48 jam di bahagian sejuk(bukan beku). Walau bagaimanapun, tidak semua khasiat di dalam susu ibu akan musnah di dalam proses pembekuan susu. Ianya masih baik jika dibandingkan dengan susu formula.


Dicadangkan kepada ibu-ibu bekerja supaya mengekalkan cara dan kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat khasiat pada tahap maksimum semasa pengambilan susu perahan setiap hari, kita bolehlah menyimpan sebahagian besar dari kumpulan susu, di bahagian sejuk sahaja dan simpan sedikit di bahagian beku. Dengan itu, pada keesokan harinya, pastikan anak  mendapat sebahagian besar koleksi susu segar dan hanya bahagian kecil saja dari simpanan yang agak lama.

Contohnya, katakan kita  telah menyimpan sebanyak 10 botol di bahagian beku. Setiap hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu semasa bekerja. Apabila pulang ke rumah, simpan 3 dari susu perahan baru itu di bahagian sejuk (bawah peti ais) untuk kegunaan esok hari dan satu botol lagi ke dalam bahagian beku sebagai simpanan jangka panjang. Sebagai ganti, keluarkan susu yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti ais untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. Oleh itu sebagai bekalan esok hari, anak akan menikmati 3 botol susu segar dan hanya satu botol dr koleksi yang agak lama, namun ianya masih cukup berkhasiat. Dengan cara ini, kita dapat mengekalkan khasiat dan kandungan antioksidant di dalam bekalan susu kepada anak.



No comments:

Post a Comment