Mummy terajin plak nak jahit nursing pillow..dah siap jahit mase weekend aritu..tinggal nk sombat fiber je..tadi pegi la nak cari fiber utk disombat kt dalam sarung pillow..semangat giler dah nk tgk hasil mlm ni..last2 fiber plak abis kt kedai tu..yang ade cume pack kecik2 je..sedangkan Mummy ingat nk beli je terus 1kg...hampa betul perasaan arini..huhu..cina tu cakap mgkin 2 atau 3 ari lg baru stok fiber tu sampai...huhu...xpuas ati tul..sok cuti depavaali plak..sure la kedai kat bandar sume tutup...kena tunggu jugak la jawabnye...huhu...
Fungsi bantal menyusu ni sebenarnya banyak..bukan setakat untuk menyusukan
baby sahaja. Tapi itulah tujuan utama ianya dibuat.Mari kita tengok kenapa bantal
menyusu ni WAJIB di miliki oleh anda:-
1- nursing pillow ni sepatutnya dimiliki sebelum ibu melahirkan bayi
lagi. Biasanya ibu2 yang mengandung ni selalu rasa sakit kat belakang,
lenguh-lenguh pinggang ,kaki dan sebagainya.Oleh itu untuk mengurangkan rasa
lenguh2 yang menyebabkan barlakunya ketidakselesaan pada ibu ,masa nak
baring tu anda bolehla letak bantal ni kat belakang atau bawah kaki atau
betis.Ini lebih memberikan keselesaan yang optimum.
2- Memudahkan penyusuan samada menyusu badan atau botol: Membantu
memberikan keselesaan kepada ibu bapa untuk menyusukan bayi dan
meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu,sekaligus
mengurangkan kesakitan dan stress dibahagian belakang,leher dan juga
bahu... Ini sangat penting terutamanya bagi ibu2 yang yang melahirkan
anak pertama sebab biasanya mula2 nak menyusu ni memang agak kekok dan
boleh menyebabkan sakit belakang kalau tak kena pada caranya.Sememangnya
baby yang baru lahir ni kuat menyusu sebab susu tulah makanan utama
mereka. Masa penyusuan yang lama jugak boleh menyebabkan lengan menjadi
lenguh-lenguh. Jika nak menyusukan baby dengan botol pun boleh support
dengan nursing pillow ni.Baby pun selesa jer kat atas bantal yang empuk
lagi gebu ni.
3.Merehatkan bayi anda dengan selamat..
Lengkungan U yang direka ini membolehkan bayi berehat dengan selesa dan selamat.Hanya letakkan bayi di
antara celah2 lengkungan dengan kepala di atas bantal,dan baby akan
terkepung kat celah-celah tu...Masa baby rehat-rehat atas bantal
ni,bolehla melatih si comel melihat pemandangan dan persekitaran dengan
jelas dan selesa.
4. Membantu bayi Ketika Meniarap dan Bermain.
Bantal Menyusu Kekabu ini menyokong keperluan bayi untuk menguatkan
otot leher,bahu dan belakang semasa meniarapkan bayi anda. Ia juga
membantu bayi untuk melihat sekeliling dengan lebih jelas .Pedetricians
mencadangkan supaya meniarapkan bayi sebaiknya selepas dilahirkan
selama 30 minit setiap hari.Lagipun masa Tummy time lebih selsesa kalau
baby diletakkan atas nursing pillow supaya dada ,perut baby tak sakit..
5. Memudahkan menyalin pakaian atau lampin bayi.
Dalam lingkungan 3-5 bulan bayi lebih kerap untuk memusingkan badannya
dan ia agak menyukarkan untuk menyalin pakaian atau lampin ketika ini
terutamanya bagi ibu-ibu yang menyalin lampin di bawah(lantai).Bantal
Menyusu ini sangat membantu kerana rekaannya yang mengelilingi bayi.
6. Untuk memudahkan semasa travel
Sangat bermanfaat ketika travel lama dalam kereta dan sebagainya,kerana ia dapat mengurangkan kelenguhan pada belakang si ibu.
7.Nursing Pillow boleh digunakan dari bayi sampai ke dewasa.Maknanya pelbagai lapisan umur boleh guna.
8. Bantal menyusu ni memang serbaguna. Orang tak menyusu pun boleh guna..kiranya anda takkan rugi kalau memiliki bantal ni...:)
No comments:
Post a Comment